Pertunangan Wahida And Raimi
Tahniah... :)
Pertunangan (Khitbah) adalah syariat
Islam.
Tiada dosa bagi kita apabila kita berhasrat
untuk menikahi wanita, biar pun itu angan-angan atau mimpi siang hari. Ini
kerana, fitrah seorang manusia yang sering memerlukan pasangan sebagai teman
hidup ini tidak dapat dinafikan lagi setelah Allah mencipta setiap benda hidup
itu berpasang-pasangan. Firman Allah subhanahu wa taala:
وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ
النِّسَاءِ أَوْ أَكْنَنْتُمْ فِي أَنْفُسِكُمْ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ
سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لَا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرًّا إِلَّا أَنْ تَقُولُوا
قَوْلًا مَعْرُوفًا
“Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang
wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini
mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut mereka,
dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kahwin dengan mereka secara
rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang makruf”
[surah al-Baqarah: 235]
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Wanita yang diberkati adalah yang memudahkan dalam khitbahnya dan meringankan maharnya." (Hadis Riwayat Ahmad. Turut dikeluarkan oleh Hakim yang berkata hadis ini mencukupi syarat Imam Muslim manakala adz Dzahabi menyetujuinya serta dihasankan pula oleh Albani).
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home